Awal hidup Brian_May

Brian Harold May lahir pada 19 Julai 1947 di Hampton, kawasan Middlesex;[3] beliau anak tunggal kepada Harold May, seorang pelukis pelan dalam Kementerian Penerbangan Britain (Ministry of Aviation) kelahiran England[4][5] dan Ruth Irving (Fletcher), seorang kelahiran Scotland.[6]

Beliau menjalankan pengajiannya dalam bidang matematik dan fizik di Imperial College London sehingga lulus ijazah Sarjana Sains dalam bidang Fizik dengan jayanya pada tahun 1968.[7][8]